Pada 10 hingga 11 Oktober 2009, PUSPANITA Cawangan Rompin telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Pengerusi PUSPANITA Negeri. Rombongan seramai 10 orang itu tiba tepat jam 4:00 petang di perkarangan Anjung Suri Puspanita Rompin. Ketibaan rombongan tersebut telah disambut oleh Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Rompin.
Sebelum ahli rombongan menikmati juadah petang, sesi mengambil gambar telah diadakan sebagai kenang-kenang. Selepas sesi penggambaran, ahli rombongan menikmati juadah petang yang telah disediakan seawal jam 3:30 petang.
Sebaik sahaja selesai menikmati juadah, rombongan seterusnya dibawa masuk ke dalam Anjung Suri Puspanita untuk mendengar taklimat ringkas daripada Pengerusi PUSPANITA Cawangan Rompin, Datin Kamariah binti Daud.
Selesai sahaja taklimat, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada rombongan. Seterusnya rombongan dibawa melihat pameran hasil ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Rompin serta melawat sekitar kawasan Anjung Suri Puspanita.
No comments:
Post a Comment