SELAMAT DATANG KE BLOG PUSPANITA CAWANGAN ROMPIN

Sunday, October 11, 2009

Kelong Acheh

Bergambar kenangan di atas Kelong Acheh

Pada 11 Oktober 2009, rombongan Lawatan Kerja Pengerusi PUSPANITA Negeri telah dibawa ke Kelong Acheh untuk menikmati suasana laut terbuka.

Sebaik sahaja selesai menikmati juadah sarapan pagi di perkarangan Anjung Suri Puspanita, para rombongan dibawa ke jeti Tanjong Gemok untuk menaiki bot ke Kelong Acheh. Lawatan ke Kelong Acheh turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Rompin bersama keluarga beliau.

Kelihatan para rombongan begitu gembira untuk ke Kelong Acheh. Di Kelong Acheh para rombongan dibawa melihat sekitar kelong tersebut seperti kemudahan yang disediakan, aktiviti yang boleh dilakukan di kelong ini dan sebagainya.

Sebelum bertolak pulang, para rombongan menjamu selera dengan makanan laut yang masih segar sambil diulik dengan hembusan bayu laut yang begitu nyaman.

Sepanjang perjalanan pulang ke jeti Tanjong Gemok, ramai ahli rombongan melelapkan mata tanda kelihatan dan kekenyangan. Sebelum sampai ke perkarangan Anjung Suri Puspanita, rombongan Lawatan Kerja Pengerusi PUSPANITA Negeri telah dibawa membeli hasil tanaman penduduk di gerai yang didirikan sepanjang jalan Rompin- Pekan seperti jagung, keledek, pisang dan sebagainya.

Saturday, October 10, 2009

LAWATAN KERJA PENGERUSI PUSPANITA NEGERI



Pada 10 hingga 11 Oktober 2009, PUSPANITA Cawangan Rompin telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Pengerusi PUSPANITA Negeri. Rombongan seramai 10 orang itu tiba tepat jam 4:00 petang di perkarangan Anjung Suri Puspanita Rompin. Ketibaan rombongan tersebut telah disambut oleh Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Rompin.

Sebelum ahli rombongan menikmati juadah petang, sesi mengambil gambar telah diadakan sebagai kenang-kenang. Selepas sesi penggambaran, ahli rombongan menikmati juadah petang yang telah disediakan seawal jam 3:30 petang.

Sebaik sahaja selesai menikmati juadah, rombongan seterusnya dibawa masuk ke dalam Anjung Suri Puspanita untuk mendengar taklimat ringkas daripada Pengerusi PUSPANITA Cawangan Rompin, Datin Kamariah binti Daud.

Selesai sahaja taklimat, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada rombongan. Seterusnya rombongan dibawa melihat pameran hasil ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Rompin serta melawat sekitar kawasan Anjung Suri Puspanita.

Wednesday, October 7, 2009

RUMAH TERBUKA 2 DALAM 1




Sempena kedatangan Syawal, PUSPANITA Cawangan Rompin turut mengadakan Sambutan Aidilfitri untuk ahli-ahlinya. Walau bagaimanapun sambutan ini 2 dalam 1, di mana sambutan ini diadakan bersama-sama dengan Majlis Rumah Terbuka Pegawai Daerah Rompin.

Seawal jam 12:00 tengah hari, ramai para tetamu telah hadir termasuk para VIP. Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu yang berkumandang untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut.

Majlis ini diraikan dengan penuh meriah disamping juadah yang menyelerakan. Majlis ini bukan saja bertujuan untuk meraikan kehadiran syawal, tetapi bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara semua ahli agar perhubungan antara kami bersatu padu dalam memperjuangkan lagi PUSPANITA ini supaya ia terus bernyawa dan diterima oleh semua masyarakat.

Sunday, September 13, 2009

Sumbangan

Pada 12 September 2009, Sabtu jam 12.00 tengahari, Biro Kebajikan dan Sosial PUSPANITA Cawangan Rompin telah mengadakan aktiviti memberikan sumbangan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Sumbangan ini diberikan untuk meringgankan beban mereka terutama kehadiran Syawal yang akan tiba. Sumbangan dilakukan dari rumah ke rumah. Datin Kamariah binti Daud, selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Rompin turut sama menyampaikan sumbangan.







Monday, August 24, 2009

KEMPEN KECERIAAN MELALUI BUMI HIJAU

Demi menyahut kempen keceriaan melalui bumi hijau, jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Rompin telah mengambil langkah untuk menanam pelbagai jenis pokok. Semua pokok yang ditanam merupakan sumbangan daripada pelbagai pihak di samping pembelian oleh pihak jawatankuasa.


Sesungguhnya aktiviti ini memberi banyak faedah kepada jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Rompin kerana selain ianya dapat mengeratkan hubungan dikalangan ahli serta pihak-pihak luar, ia turut memberi atau menambah keceriaan kepada Anjung Suri Puspanita.


Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Rompin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus bersama-sama untuk menjayakan kempen ini.